ada ke pengikut?

Wednesday, November 10, 2010

Rahsia Membina Keyakinan dalam Diri


Anda mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah?Cuba tip berikut.

Antara tip yang boleh dikongsi mengenai cara meningkatkan keyakinan diri adalah seperti berikut:

1) PERCAYA KEBOLEHAN SENDIRI
Siapa lagi yg. akan percaya pada diri kita kalau bukan kita sendiri? Utk. meningkatkan keyakinan diri,anda perlu yakin dengan kebolehan yang ada dalam diri anda.Anda perlu mengetahui kekuatan diri dan minda yang ada.Yakinlah diri bahawa setiap orang telah dikurniakan ALLAH dengan kelebihan tersendiri. Dan gunakanlah kelebihan itu untuk meraih kejayaan dalam hidup.

2)MOTIVASI
Ucapkanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri.Ia mampu meningkatkan semangat,mendorong anda agar lebih yakin dan lebih berusaha untuk mengenal kebolehan diri dan untuk mengenal kebolehan diri dan memanipulasinya untuk mencipta kejayaan seperti yang diingini. pastikan minda anda positif.

3) SASARAN
Tetapkan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai.Sasarkan matlamat setinggi mungkin agar anda lebih berusaha utk. melaksanakannya.Tuliskan di atas sehelai kertas dan tampalkannya di tempat yg. selalu anda lihat supaya anda tidak lupa dan bertindak untuk mencapainya.pastikan ia bukan angan-angan.

4) USAHA & LATIHAN
Jangan malas untuk meluangkan masa dan mengorbankan tenaga untuk mencapai matlamat yg indin dicapai..Lakukan latihan utk. memantapkan diri.Cuba perbaiki melalui latihan tersebut.Anda akan belajar sesuatu dari latihan tersebut.

5) TERIMA HAKIKAT
Jika anda masih belum berjaya,walau telah berusaha gigih, jangan putus asa.Anda harus menerima hakikat bahawa tiada seorang insan pun yg. benar-benar sempurna di dunia ini. Setiap individu ada kelemahan masing-masing.Dengan menerima hakikat, anda tidak akan berasa merendah diri dengan kegagalan yang anda hadapi, dan akan terus yakin dan berusaha menghadapi cabaran akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...