Salam kembali.Akhirnya penulis dapat kembali menulis selepas meninggalkan blog yang sudah bersawang ni... Time to clean up! Alhamdulillah internet di rumah sudah dibaik pulih. Rindu rasanya berkongsi info dengan anda semua. Ada ke pembaca? terima kasih jika ada yang sudi membaca...
Sudah lama membiarkan blog ni bersawang.Anak pun dah setahun dah...Ramai pulak yang bertanya bila nak mengandung lagi.InsyaAllah bila ada rezeki dari Allah.Itula jawab penulis.
Hari ni oleh sebab my boy dah tidur, bolehlah penulis membaik pulih blog penulis yang lama ditinggalkan ni. Rasa teringin sangat nak berkongsi dengan anda semua .Teringat pesanan Rasul junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, yang bermaksud , "sampaikanlah tentangku (ajaranku) sekali pun satu ayat."
Haaa...Dapur kamu kemas tak?
Kembali dengan tajuk kita ,hari ni penulis nak kongsi dengan anda semua mengenai tips ketika berada di dapur.
1. Jaga kebersihan diri dan dapur kita.
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan air yg. banyak sebelum memasak.
3. Sebelum dan selepas memegang daging mentah,cuci tangan anda kerana bimbang ada bakteria.
4. Cawan dan mug perlu ditoskan airnya dan digantung di tempatnya supaya teratur.
5. Cara penyimpanan yang betul melamakan jangka hayat sisa makanan.
6. Makanan boleh disejukbekukan untuk menyegarkannya.
7.Makan sisa makanan yang telah disejukkan dalam masa 3-5 hari sahaja.
8.Sisa makanan yang sejuk beku pula tahan selama 2 bulan.
9. Pastikan meja dan tempat makan sentiasa dalam keadaan bersih.
10. Kemas tempat makan atau meja makan selepas menggunakannya untuk menghindari daripada serangan lalat dan semut.
Ok. Mudah kan? Penulis berharap agar anda semua dapat mengamalkan tips simple yang dikongsikan penulis dengan anda.Anda hanya perlu bersikap rajin jika inginkan kediaman anda sentiasa cantik dan bersih.Selamat mencuba!