ada ke pengikut?

Wednesday, February 1, 2012

Cekodok Pisang +Durian

Salam berkongsi resepi ringkas + mudah dengan kalian.Sebenarnya sudah lama penulis mahu berkongsi resepi mudah ini dengan anda.Penulis buat semasa sebelum bersalin lagi.Oleh sebab takut kempunan teringin makan buah durian ketika dalam pantang. 

Tanpa berceloteh panjang jom kita buat sekodok pisang +durian

Bahan2 yang diperlukan (utk satu hidangan)

3 biji pisang
10 ketul durian (lagi banyak lg best)
1senduk gula( secukup rasa)
1 sudu teh garam 
1 sudu teh soda bikarbonat
3 senduk gandum
1 cawan air (ikut tahap kepekatan yg sesuai)

1. lecekkan pisang ,durian dengan gula dan garam dan soda bikarbonat sehingga lumat.
2. Masukkan gandum dan kacau sehingga sebati.Jika dilihat pekat tambahkan sedikit air.Jangan xbuh air langsung tau?nanti cekodok kita keras.




lebih kurang beginilah adunan kita tadi...



3. Apabila sebati.panaskan minyak
4.sudukan bahan td dengan sudu teh untuk bentukkan cekodok menjadi kecik comel.Ada orang pakai tangan..tapi penulis tak gemar..hygiene..hehe
5. Goreng sehingga keperangan .Angkat dan toskan pada kertas tisu untuk serap minyak.
6. Makan!




 Dah siap!Inilah hasilnya..


Senang kan? Sesuai untuk adik-adik yang baru nak belajar masak-masak ni..kakak-kakak pun boleh jugak..=) 

p/s : boleh juga tidak mencampurkan antara pisang dan durian. Boleh buat cekodok pisang sahaja atau cekodok durian sahaja.Selamat mencuba.


Monday, January 30, 2012

Penantian 4 Tahun

Salam kembali...mencalit kembali blog yang hampir bersarang.Penulis sedang cuti berpantang.Alhamdulillah sudah 24 hari.Masih melalui hari2 yang sedikit sahaja berbaki.

Episod kali ini.Penantian 4 tahun.Kata orang penantian suatu penyeksaan.Namun dibalik kata-kata itu pada penulis banyak manisnya...Kami suami isteri terpaksa menunggu kelahiran orang baru dalam hidup kami kerana penulis perlu menghabiskan waktu belajar penulis di institut perguruan. 

Nampak seperti kejam tidak dibenarkan mengandung dan bersalin.Namun itu prosedur dan penulis sedar sebagai pelatih guru, penulis dibayar untuk berkursus sebelum menjadi guru yang sebenar.

Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar.Doa penulis untuk menerima cahaya mata selepas tamat pengajian dimakbulkan .Penulis menerima kehadiran cahaya mata pertama setelah sebulan tamat pengajian.


Buah hati kami 

Nuh B. Mohd Syazwan Ariff

Hari ke tujuh

Tuesday, December 20, 2011

Monday, December 19, 2011

BAUCER BURGER KING FREE!

Salam kawan-kawan... Siapa tak makan tengah hari lagi? hari ni penulis nak berkongsi baucer burger king pulak..RM1 sahaja untuk satu burger...Boleh makan tengah hari. Jom Print!


Ingat ye kawan-kawan untuk hari Selasa sahaja

Tarikh tamat tempoh adalah pada 8 Januari 2012..

Saturday, December 17, 2011

KUPON PIZZA HUT FREE!

Sebelum terlambat lagi berkongsi dengan kawan-kawan blogger.Penulis nak cepat-cepat berkongsi dengan anda kupon free pizza hut ni.Tapi tak ada lah free sangat kena keluar jugak duitnya RM 40...Jom download!



Perhatikan tarikhnya ye kawan-kawan!

KEJUTAN VS SUPRISE




huhu...gimik semata-mata...itu bukanlah kek di hari jadiku.Genaplah umur penulis 24 tahun hari ini
. Paling terindah apabila hari lahir dingati insan tercinta. Suamiku....


Membuat kejutan tatkala pulang dari kerja.Dengan muka masam dan seperti orang hilang mood.Seperti marah-marah dan tercari-cari sesuatu.

Penulis: Cari apa bang?

Suami : Cari lighter ni jaket abang dah berbulu dah.

Penulis : Tak nak lilin ke?kalau lilin ada je dalam almari.

Suami terus mencari lilin dan diam di dalam bilik lama.Penulis sempat berpesan suruh off kipas takut api lilin terpadam.

Penulis mula terfikir-fikir apa yang suami buat terlalu lama di dalam bilik.Fikirku dia sedang mencabut bulu-bulu pada baju menggunakan lilin tersebut.tapi kenapa bergelap pulak.


Kemudian tergerak pulak hati nak ke bilik risau jugak kang terbakar bilik.Sekali bila masuk...








Suami: Maaf...hanya pemberian kecil dari abang...

Penulis : Tak apa abang...pemberian yang besar buat sayang... abang mengingatinya sudah cukup...


(sangat terharu)


Apa -apa pun terima kasih suamiku....sayang mencintaimu sehingga syurga.Moga cinta kita kekal sepanjang hayat.Ameen!

Kata suami dia terpaksa menyambut awal hari lahirku kerana hari ini beliau bakal menduduki peperiksaan bagi pengajian ijazah jurutera elektrik nya  sebelum menghabiskan semester ini. 

TAHNIAH.ABANG BERJAYA BUAT SAYANG TERKEJUT + SUPRISE!

Pengalaman biasa daripada penulis.Sambutan hari jadi kawan-kawan mesti lebih mewah dan lagi gempak daripada penulis kan? 

Friday, December 16, 2011

KONVO OH KONVO...

Menerima perkhabaran tentang konvokesyen penulis... Perasaan teruja dan gembira. Pengajian yg dihabiskan selama 5tahun setengah bakal diiktiraf...

Tapi sebelum konvo kena sedia fulus lah...


Tarikh : 12- 14 Mac 2012

Yang pastinya tahun ini amat bermakna buat penulis...Moga orang baru selamat hadir ke dunia Allah ini.Ameen...Doakan kesihatan penulis dan baby yang bakal lahir ye kawan-kawan...Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...