ada ke pengikut?

Tuesday, December 20, 2011

Monday, December 19, 2011

BAUCER BURGER KING FREE!

Salam kawan-kawan... Siapa tak makan tengah hari lagi? hari ni penulis nak berkongsi baucer burger king pulak..RM1 sahaja untuk satu burger...Boleh makan tengah hari. Jom Print!


Ingat ye kawan-kawan untuk hari Selasa sahaja

Tarikh tamat tempoh adalah pada 8 Januari 2012..

Saturday, December 17, 2011

KUPON PIZZA HUT FREE!

Sebelum terlambat lagi berkongsi dengan kawan-kawan blogger.Penulis nak cepat-cepat berkongsi dengan anda kupon free pizza hut ni.Tapi tak ada lah free sangat kena keluar jugak duitnya RM 40...Jom download!



Perhatikan tarikhnya ye kawan-kawan!

KEJUTAN VS SUPRISE




huhu...gimik semata-mata...itu bukanlah kek di hari jadiku.Genaplah umur penulis 24 tahun hari ini
. Paling terindah apabila hari lahir dingati insan tercinta. Suamiku....


Membuat kejutan tatkala pulang dari kerja.Dengan muka masam dan seperti orang hilang mood.Seperti marah-marah dan tercari-cari sesuatu.

Penulis: Cari apa bang?

Suami : Cari lighter ni jaket abang dah berbulu dah.

Penulis : Tak nak lilin ke?kalau lilin ada je dalam almari.

Suami terus mencari lilin dan diam di dalam bilik lama.Penulis sempat berpesan suruh off kipas takut api lilin terpadam.

Penulis mula terfikir-fikir apa yang suami buat terlalu lama di dalam bilik.Fikirku dia sedang mencabut bulu-bulu pada baju menggunakan lilin tersebut.tapi kenapa bergelap pulak.


Kemudian tergerak pulak hati nak ke bilik risau jugak kang terbakar bilik.Sekali bila masuk...








Suami: Maaf...hanya pemberian kecil dari abang...

Penulis : Tak apa abang...pemberian yang besar buat sayang... abang mengingatinya sudah cukup...


(sangat terharu)


Apa -apa pun terima kasih suamiku....sayang mencintaimu sehingga syurga.Moga cinta kita kekal sepanjang hayat.Ameen!

Kata suami dia terpaksa menyambut awal hari lahirku kerana hari ini beliau bakal menduduki peperiksaan bagi pengajian ijazah jurutera elektrik nya  sebelum menghabiskan semester ini. 

TAHNIAH.ABANG BERJAYA BUAT SAYANG TERKEJUT + SUPRISE!

Pengalaman biasa daripada penulis.Sambutan hari jadi kawan-kawan mesti lebih mewah dan lagi gempak daripada penulis kan? 

Friday, December 16, 2011

KONVO OH KONVO...

Menerima perkhabaran tentang konvokesyen penulis... Perasaan teruja dan gembira. Pengajian yg dihabiskan selama 5tahun setengah bakal diiktiraf...

Tapi sebelum konvo kena sedia fulus lah...


Tarikh : 12- 14 Mac 2012

Yang pastinya tahun ini amat bermakna buat penulis...Moga orang baru selamat hadir ke dunia Allah ini.Ameen...Doakan kesihatan penulis dan baby yang bakal lahir ye kawan-kawan...Terima kasih...=)

Thursday, December 15, 2011

BAUCER KFC FREE

Semalam punyala excited sbb kawan-kawan berkongsi tentang baucer KFC free di FB. Baru je penulis ingat nak kongsi dengan sahabat-sahabat di sini.Sekali semalam KFC menyatakan terpaksa berhentikan penebusan baucer tersebut.




Ummm...terkilan la jugak..tak patut KFC buat macam tu kan. Pada baucer tersebut menyatakan tarikh tutupnya 15 januari 2012.Tapi dia dah batalkan baucer tersebut pada post di FB KFC seperti berikut.



Tak ada rezeki kita la tu kan...Mai baca antara komen2 yang tak sedap di baca....







Semoga pihak KFC kaji dulu sebelum keluarkan baucer ni kan..Beruntungla siapa yang sempat tebus baucer ni semalam.Kawan-kawan blogger penulis macam mana?

TIPS MENJAGA MATA

Ayuh jaga nikmat Allah yang satu ini!




HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana. Kemudian, tekapkan hirisan timun pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Selain timun, boleh juga menggunakan buah tomato.





SEMBUHKAN SAKIT MATA
 Ambil satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian masukkan muka ke dalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Hasilnya, sakit mata akan berkurangan





PETUA SEGARKAN MATA
Ambil 2 uncang teh yg. sudah digunakan dan tekapkan pada kedua-dua belah mata selama lima minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar bersinar.






REDAKAN MATA GATAL
Ramas beberapa helai daun sireh dan rendamkan di dalam air suam selama 10 minit. Kemudian tapis air tersebut. Gunakannya untuk mencuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurang.





RAWATAN UNTUK MATA RABUN
Jika mata anda rabun, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga, dan betik. 

Wednesday, December 14, 2011

MENGELAK KAKI BERBAU





Kali ini mari kita berkongsi cara mengelakkan kaki berbau akibat berpeluh.selamat beramal!

1^ Menggunakan kasut yang mempunyai lebih pengudaraan dan kurangkan penggunaan stokin tebal.

2^ Menggunakan penyembur kasut antibakteria.

3^ Kerap mencuci kasut dan stokin untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. 

4^ Menjemur kasut seminggu sekali bagi memastikan tiada lembapan.

5^ Jangan simpan kasut di dalam rak kasut tertutup sebaiknya di ruang yang terbuka.

6^ Mengamalkan petua seperti merendam kaki di dalam air masak yang dicampurkan dengan uncang teh.boleh juga air dicampurkan dengan garam dan asam jawa bagi membuang sel kulit mati yang boleh menyebabkan bau busuk.

Saturday, December 10, 2011

OMBAK RINDU



Tak rugi rasanya buat anda yang berjiwa sentimental untuk tonton cerita ni. Sangat best!

Jom layan sinopsisnya...



Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

FOLLOWER KE 100

TERIMA KASIH ISTIMEWA DARI WIFE WISE UNTUK FOLLOWER KE 100 BLOG WIFE WISE

CIK MUNNAFENDY




Anugerah utk cik Munnafendi!



JOM TERJAH BLOG BELIAU!


Friday, December 9, 2011

Kembali

Salam kembali,akhirnya berjaya menemui masalah mengapa blog tidak boleh dibuka.Terasa rindu untuk menulis lagi.

Seperti yang telah dijanjikan.Penulis ingin berkongsi antara soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga.Bukan calang-calang orang tau... Sebagai persiapan bermacam-macamlah penulis baca dan hafal tentang isu pendidikan terkini termasuk NKRA, Nama-nama Menteri Kabinet, Projek sekolah perpaduan ,sekolah bestari, sekolah wawasan, sekolah amanah dan sebagainya.Namun apa yang dibaca satu sahaja yang mengena.ok la kan?daripada tak ada langsung.




Antara soalan-soalannya adalah seperti berikut

1. Boleh perkenalkan diri dalam Bahasa Arab? (oleh sebab penulis menuntut di dalam bidang Bahasa Arab)
 Maka penulis pun bercakap la apa yang patut untuk memperkenalkan diri.Apa yang penting. Wajib yakin dan konfiden aje jawapan tu betul walaupun salah.

2. Boleh ceritakan tentang teori-teori berikut.
- Teori Konstruktivisme
-Teori Belajar Cara Belajar
- Teori Akses Kendiri
-Teori Multiple Intelligence
- Teori Humanis

3. Soalan KBKK la pulak:

Penemuduga      : Jika anda sedang bercuti dan dipanggil bertugas.Adakah anda akan hadir bertugas   walaupun suami anda tidak mengizinkan?

( Penulis merapu je pasal cuti ni.sebab tidak berapa arif.Sekali dalam merapu2 tu )

Penulis           :sebagai seorang isteri banyak tanggungjawab sam aada dengan suami , ibu, ayah.Tapi dengan mereka, kena tolak ansur la.memahamkannya tentang tanggungjab sebagai  penjawat awam pula.

Penemuduga: Besar sangat ke tanggungjawab awak?

Penulis         : Tercengang.Jeng jeng jeng


4. Penemuduga : Jika diberi mata pelajaran selain dari mengajar Bahasa  Arab. Adakah anda akan terima  tanggungjawab tersebut? Sedangkan anda lemah dalam  subjek tersebut. Contohnya Bahasa Inggeris.

(Dengan yakinnya)

Penulis            : InsyaAllah.Jika itu yang diarahkan.Lagipun ketika di institusi perguruan,kami telah belajar  semua  subjek pendidikan termasukla Bahasa Inggeris.

Penemuduga  : Baik. Can you speak English?

Penulis           : Brooom Bram ler...ikut sedap hati.secukup rasa.=p


5. Jika anda dikehendaki menggantikan kelas seorang rakan anda sedangkan ada hanya mempunyai satu masa sahaja masa kosong dalam hari tersebut.Adakah anda kan terima tugas tersebut?

(Kitorang jawab ok aje.semua sanggup.)



Itula antara soalan-soalan yang ditanya.Kumpulan penulis seramai 5 orang dikira bertuah kerana tidak diajukan soalan yang susah-susah berbanding kumpulan yang lain. Ada yang ditanya tentang apa yang berlaku di parlimen malam tadi. ada yang ditanya tentang hukum-hukum agama tentang tugas-tugas kabinet dan sebagainya...

Alhamdulillah .Secara jujurnya semua berjalan lancar.Sekarang hanya menantikan keputusan adakah penulis lulus atau tidak...Lulus hendaknya.Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...