ada ke pengikut?

Friday, December 9, 2011

Kembali

Salam kembali,akhirnya berjaya menemui masalah mengapa blog tidak boleh dibuka.Terasa rindu untuk menulis lagi.

Seperti yang telah dijanjikan.Penulis ingin berkongsi antara soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga.Bukan calang-calang orang tau... Sebagai persiapan bermacam-macamlah penulis baca dan hafal tentang isu pendidikan terkini termasuk NKRA, Nama-nama Menteri Kabinet, Projek sekolah perpaduan ,sekolah bestari, sekolah wawasan, sekolah amanah dan sebagainya.Namun apa yang dibaca satu sahaja yang mengena.ok la kan?daripada tak ada langsung.




Antara soalan-soalannya adalah seperti berikut

1. Boleh perkenalkan diri dalam Bahasa Arab? (oleh sebab penulis menuntut di dalam bidang Bahasa Arab)
 Maka penulis pun bercakap la apa yang patut untuk memperkenalkan diri.Apa yang penting. Wajib yakin dan konfiden aje jawapan tu betul walaupun salah.

2. Boleh ceritakan tentang teori-teori berikut.
- Teori Konstruktivisme
-Teori Belajar Cara Belajar
- Teori Akses Kendiri
-Teori Multiple Intelligence
- Teori Humanis

3. Soalan KBKK la pulak:

Penemuduga      : Jika anda sedang bercuti dan dipanggil bertugas.Adakah anda akan hadir bertugas   walaupun suami anda tidak mengizinkan?

( Penulis merapu je pasal cuti ni.sebab tidak berapa arif.Sekali dalam merapu2 tu )

Penulis           :sebagai seorang isteri banyak tanggungjawab sam aada dengan suami , ibu, ayah.Tapi dengan mereka, kena tolak ansur la.memahamkannya tentang tanggungjab sebagai  penjawat awam pula.

Penemuduga: Besar sangat ke tanggungjawab awak?

Penulis         : Tercengang.Jeng jeng jeng


4. Penemuduga : Jika diberi mata pelajaran selain dari mengajar Bahasa  Arab. Adakah anda akan terima  tanggungjawab tersebut? Sedangkan anda lemah dalam  subjek tersebut. Contohnya Bahasa Inggeris.

(Dengan yakinnya)

Penulis            : InsyaAllah.Jika itu yang diarahkan.Lagipun ketika di institusi perguruan,kami telah belajar  semua  subjek pendidikan termasukla Bahasa Inggeris.

Penemuduga  : Baik. Can you speak English?

Penulis           : Brooom Bram ler...ikut sedap hati.secukup rasa.=p


5. Jika anda dikehendaki menggantikan kelas seorang rakan anda sedangkan ada hanya mempunyai satu masa sahaja masa kosong dalam hari tersebut.Adakah anda kan terima tugas tersebut?

(Kitorang jawab ok aje.semua sanggup.)



Itula antara soalan-soalan yang ditanya.Kumpulan penulis seramai 5 orang dikira bertuah kerana tidak diajukan soalan yang susah-susah berbanding kumpulan yang lain. Ada yang ditanya tentang apa yang berlaku di parlimen malam tadi. ada yang ditanya tentang hukum-hukum agama tentang tugas-tugas kabinet dan sebagainya...

Alhamdulillah .Secara jujurnya semua berjalan lancar.Sekarang hanya menantikan keputusan adakah penulis lulus atau tidak...Lulus hendaknya.Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...