ada ke pengikut?

Wednesday, November 23, 2011

TAMAT SUDAH EPISOD INI...

Salam kembali...sudah lama meninggalkan blog ini. Baru berkesempatan semula mengemaskini blog. Alhamdulillah penulis baru sahaja selesai menjalani kursus dan telah pun selamat menduduki peperiksaan untuk Kursus Induksi Saraan Malaysia tengah hari tadi.Mohon pada Allah semoga lulus periksa tersebut.insyaAllah.Ameen...

Sedar tidak sedar,penulis sudah tamat pengajian di institut perguruan selama 5 tahun setengah,Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.Semoga ilmu yang telah dipelajari dapat diaplikasikan nanti ketika di sekolah.

Tinggal seperkara lagi yang belum dapat penulis laksanakan.Menunggu hari dan masa untuk ditemuduga pada 30/11/2011 nanti.Pengesahan jawatan sebelum berkhidmat. Semoga perjalanan ini dimudahkan Allah...

InsyaAllah jika berkesempatan penulis akan berkongsi pengalaman apabila ditemuduga nanti.Sebagai perkongsian kepada pelatih guru dan bakal guru.

Jumpa lagi di lain lembaran!=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...