ada ke pengikut?

Wednesday, November 23, 2011

TAMAT SUDAH EPISOD INI...

Salam kembali...sudah lama meninggalkan blog ini. Baru berkesempatan semula mengemaskini blog. Alhamdulillah penulis baru sahaja selesai menjalani kursus dan telah pun selamat menduduki peperiksaan untuk Kursus Induksi Saraan Malaysia tengah hari tadi.Mohon pada Allah semoga lulus periksa tersebut.insyaAllah.Ameen...

Sedar tidak sedar,penulis sudah tamat pengajian di institut perguruan selama 5 tahun setengah,Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.Semoga ilmu yang telah dipelajari dapat diaplikasikan nanti ketika di sekolah.

Tinggal seperkara lagi yang belum dapat penulis laksanakan.Menunggu hari dan masa untuk ditemuduga pada 30/11/2011 nanti.Pengesahan jawatan sebelum berkhidmat. Semoga perjalanan ini dimudahkan Allah...

InsyaAllah jika berkesempatan penulis akan berkongsi pengalaman apabila ditemuduga nanti.Sebagai perkongsian kepada pelatih guru dan bakal guru.

Jumpa lagi di lain lembaran!=)

Saturday, November 19, 2011

"SEGMEN JOM FOLLOW DAN KOMEN"

Jom masuk segmen lagi..makin banyak segmen nampaknya.Tiada salahnya menyertai.sambil blog walking tambahkan lagi bilangan follower anda.Bukan bermatlamatkan bilangan makin ramai.Tetapi ikhlaskan niat berkenalan sesama kita sambil menimba ilmu daripada blog orang lain.Jom join!

Klik pada banner di bawah ni.atau entry blog Pakjoe ni=)







Selamat bercuti sekolah untuk adik-adik!

Wednesday, November 16, 2011

SEGMEN RAKAN BLOGKU

Salam kembali, tinta menari sekali lagi tidak mahu menghampakan ajakan sahabat kita Fiq. Oleh sebab 2x dah dijemput menyertai , dengan berbesar hati penulis mengajak sahabat sekalian jom pakat ramai-ramai join fiq punya segmen ni.Tak baik hampakan orang...=)

Anda tidak rugi apa-apa pun bila sertai segmen ni.Boleh juga tambahkan bilangan follower anda.




Penulis sertakan sekali link blog bagi segmen ni, ataupun anda boleh klik pada banner di atas.





Jom sertai!!!

Tuesday, November 15, 2011

KISSM DAN TEMUDUGA SPP

Kursus Induksi Saraan Malaysia (KISSM) dan Temuduga SPP begitu menakutkan. Penulis akan menyertai kursus KISSM pada 21/11/11-23/11/11 minggu depan.Ini adalah proses biasa sebelum sah menjadi penjawat awam kakitangan kerajaan. Untuk KISSM penulis perlu menyiapkan kerja kursus (asignment) yang ditugaskan dan pada 23/11/11 penulis perlu menduduki peperiksaan untuk meluluskan diri dan sebagai bukti telah berjaya menamatkan KISSM. Ini adalah perjalanan terakhir penulis sesudah tamat peperiksaan akhir selaku pelajar selama 5 tahun setengah semalam.

Apa yang membuatkan penulis risau dan bimbang adalah apabila dikhabarkan sahabat di laman sosial. Tidak semua daripada kami akan lulus temuduga SPP tersebut. Ia adalah mengikut kuota/ unjuran yang telah ditetapkan.Tidak semua daripada kami akan ditempatkan untuk mengajar pada tarikh yang sama tahun hadapan. Itu yang menyedihkan.

Di sini, penulis minta jasa sahabat-sahabat sekalian doakan penulis dan kawan-kawan lulus dengan jayanya demi berkhidmat untuk anak bangsa pada tahun hadapan. Mohon juga sahabat yang pernah melalui temuduga SPP ini untuk berkongsi pengalaman anda kepada penulis sebagai rujukan... 



Antara soalan yang mungkin di tanya:

tolong siapkan diri dengan persiapan yang terperinci...

- baca isu2 guru,


- isu NKRA, KPM, PIPP,


- pengetahuan am.. sruktur organisasi politik malaysia


- prepare la kot2 dia tnya wakil rakyat tempat kita..



Kita hanya merancang, hanya Allah menentukan.

Saturday, November 12, 2011

MEGA GIVEAWAY BY SYIRA SALLEH & CIKNAD

Terima kasih pada kak Nurul sudi tag kita untuk segmen ni.Kawan2 pun boleh join segmen nih! 

Jom Klik Banner di bawah untuk copy & link.



Kunjungi blog utk syarat penyertaan segmen ni.Jom Cuba!




Saya tag 

Cik Noor Zahira


 dan

Cik Bazzryana


Thursday, November 10, 2011

Oh Gigiku!

Salam...hari ini baru berkesempatan untuk menulis lagi..Penulis perlu menduduki peperiksaan akhir sebelum tamat pengajian di institut perguruan...insyaAllah tahun depan akan mula berkhidmat sebagai guru sebenar.doakan penulis...


Di kesempatan ini, tangan masih mampu menari di atas papan kunci penulis ingin berkongsi dengan anda tentang tip dan petua mengurangkan sakit gigi.Terbaca kenyataan seorang sahabat pada laman sosial tentang sakit giginya.Terlintas pula penulis mahu berkongsi dengan anda petua mengurangkan sakit gigi.


BUNGA CENGKIH


Bila anda terasa sakit gigi, ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit itu. Sekiranya gigi yang sakit itu berlubang, tumbuh bunga cengkih dan masukkan ke dalam lubang tersebut dan tutup dengan kapas.



BELIMBING BULUH



Cuba lihat laman rumah anda, jika ada pokok belimbing buluh jangan menganggap ianya tidak berguna. Selain boleh buat masak lemak kuning nyum nyum...ia juga mampu merawat gigi yang sakit. Makan belimbing buluh bersama garam untuk hilangkan sakit gigi.Walaupun masam, insyaAllah ia mujarab.



BAWANG PUTIH

Selain digunakan untuk menumis masakan kita, bawang putih boleh dihiris nipis-nipis, kemudian tampal pada gigi yang sakit.Biarkan selama lebih kurang satu jam.


LIDAH BUAYA


Ambil isinya dan letakkan pada gigi yang sakit.Biar selama 2-3 jam.


GARAM




Mencegah lebih baik daripada mengubati.Campur sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi atau sebelum tidur. Gigi akan jadi putih bersinar-sinar.



Namun,mencegah tu lebih baik kan?

Friday, November 4, 2011

JUMAAT YANG BAHAGIA



Sempena sayyidul ayyam yang penuh barokah..Mari sama-sama kita kongsikan pengertian bulan-bulan kalendar hijrah:

MUHARRAM :
" yang diharamkan"
(kerana dilarang berperang atau menumpahkan darah padanya)

SAFAR:
 "kosong" / "kuning" 
(kerana pada bulan ini bangsa Arab meninggalkan kg. halaman untuk berniaga, mengembara, berperang dan sebagainya.)

RABIU'ULAWWAL :
  "Rabi" ertinya "Menetapkan" dan "Akhir" ertinya " Penghabisan" 
(kerana bulan ini merupakan temph akhir untuk mereka yang bermusafir kembali ke rumah masing-masing.)

JAMADILAWWAL:
 "Kering"
(kerana pada bulan ini merupakan permulaan bagi bangsa Arab mengalami kekeringan air.)

JAMADILAKHIR :
 "Kering penghabisan"
(kerana pada bulan ini biasanya tempoh akhir menghadapi kekeringan air.)

REJAB :
 "Mulia"

SYA'BAN : 
"Berserak-serak"
(kerana pada bulan ini berserakan kebajikan dari sisi Allah.)

RAMADHAN :
 "Panas sangat terik"

SYAWAL : 
"Naik"

ZULKAEDAH : 
"Yang empunya duduk" 
(kerana pada bulan ini orang Arab tidak pergi ke mana-mana melainkan duduk duduk di rumah sahaja.

ZULHIJJAH :  
" Yang empunya haji"
(Kerana pada bulan ini manusia sejak zaman Nabi Adam sehingga kini mengerjakan ibadah haji)

Dan isitimewanya bulan Zulhijjah kita bersama-sama merayakan Hari Raya Aidil Adha.Selamat Hari Raya semua...=)





Tuesday, November 1, 2011

Kenangan Kenduri Kendara+ Hantaran +Juadah Pengantin

Udang Yum Yum

Jam tangan, coklat, buah-buahan


Baju kemeja


Adik ipar



Sahabat Maahad (Azza)



Sepupu kita



Sahabat Maahad (Hana)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...