ada ke pengikut?

Tuesday, November 15, 2011

KISSM DAN TEMUDUGA SPP

Kursus Induksi Saraan Malaysia (KISSM) dan Temuduga SPP begitu menakutkan. Penulis akan menyertai kursus KISSM pada 21/11/11-23/11/11 minggu depan.Ini adalah proses biasa sebelum sah menjadi penjawat awam kakitangan kerajaan. Untuk KISSM penulis perlu menyiapkan kerja kursus (asignment) yang ditugaskan dan pada 23/11/11 penulis perlu menduduki peperiksaan untuk meluluskan diri dan sebagai bukti telah berjaya menamatkan KISSM. Ini adalah perjalanan terakhir penulis sesudah tamat peperiksaan akhir selaku pelajar selama 5 tahun setengah semalam.

Apa yang membuatkan penulis risau dan bimbang adalah apabila dikhabarkan sahabat di laman sosial. Tidak semua daripada kami akan lulus temuduga SPP tersebut. Ia adalah mengikut kuota/ unjuran yang telah ditetapkan.Tidak semua daripada kami akan ditempatkan untuk mengajar pada tarikh yang sama tahun hadapan. Itu yang menyedihkan.

Di sini, penulis minta jasa sahabat-sahabat sekalian doakan penulis dan kawan-kawan lulus dengan jayanya demi berkhidmat untuk anak bangsa pada tahun hadapan. Mohon juga sahabat yang pernah melalui temuduga SPP ini untuk berkongsi pengalaman anda kepada penulis sebagai rujukan... 



Antara soalan yang mungkin di tanya:

tolong siapkan diri dengan persiapan yang terperinci...

- baca isu2 guru,


- isu NKRA, KPM, PIPP,


- pengetahuan am.. sruktur organisasi politik malaysia


- prepare la kot2 dia tnya wakil rakyat tempat kita..



Kita hanya merancang, hanya Allah menentukan.

4 comments:

NURULHANIF said...

good luck ayu.. moga berjaya.. amin..

Wife Wise said...

terima kasih kak nurul atas doamu...=)

cIKhA said...

semoga berjaya ye

Wife Wise said...

terima kasih...doakan saya ye=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...