ada ke pengikut?

Monday, October 31, 2011

HANTARAN PERKAHWINAN


Cuti sekolah makin dekat.Banyak kad-kad jemputan perkahwinan daripada sahabat-sahat yang diterima.Terima kasih atas jemputan.Penulis akan menghadiri majlis anda
jika diberi kekuatan dan keizinan masa dari Allah.Ameen.


Mencoret kembali kenangan lalu tatkala menyediakan hantaran pertunangan untuk majlis sendiri.Melihat kesusahan diri sendiri, diri ini sudi membantu saudara mara yang memerlukan khidmat anugerah tuhan ini. Teringat kembali saat melihat mereka tersenyum dan berterima kasih dengan hasil rekaan tangan penulis yang tidak seberapa.Ayuh kongsikan antara hantaran perkahwinan "bajet" ciptaan penulis tanpa memerlukan modal yang banyak.

Penulis hanya menggunakan barang- barang yang disediakan pengantin untuk dijadikan
hantaran.selamat berkongsi!





Hasil kerja penulis (hantaran perkahwinan adik ipar )




Sengetkan kepala anda =p
(baju)




Tali pinggang dan dompet, coklat dan minyak wangi



letih sangat nak buat nih (kain telekung sembahyang)

Hantaran buat sahabat karibku (tak jelas sangat la..)


Sedang menanti tempahan seterusnya...kalau nak cantik kena bagi barang-barang yang cantik..=)

Saturday, October 29, 2011

TIPS MENJAGA PETI SEJUK!



Jika semalam kita berkongsi mengenai pelbagai makanan khasiat yang memberi vitamin kepada badan kita.Hari ni penulis mahu berkongsi dengan anda semua bagaimana cara kita menjaga peti ais kita supaya tak berbau busuk.Sekali gus mengekalkan vitamin-vitamin dan zat2 makanan yang ada pada makanan-makanan yang kita simpan...Jom kita kongsi...Sharing is caring!=)

1^ Tetapkan peti sejuk anda ke mode defrost. Biarkan sekurang-kurangnya sejam.

2^ Keluarkan bahan makanan dan letak dlm kotak atau belas bersih.Kalau ada makanan yang tidak blh tahan dengan suhu bilik,letakkannya dalam ice box atau cooler (bekas tahan sejuk).

3^ Sediakan bancuhan ( 1/4 cawan serbuk penaik/b
aking soda+ 1 liter air). Serbuk penaik ada fungsi utk membuang bau busuk dan hapak pada peti sejuk.Tak perlu bilas peti selepas guna oleh sebab bancuhan ini tak merbahaya.

4^ Bersihkan para dan rak peti sejuk. Boleh guna bancuhan tadi ataupun boleh cuci para tersebut sama macam cuci pinggan. Lepas tu keringkan dan lap!

5^ Lap keseluruhan ruang peti sejuk. untuk keringkan ruangan dalam tu. Pasang balik rak dan para tadi.



6^ Lepas tu masukkan balik bahan-bahan makanan kita.Jangan lupa botol2 sos atau makanan tu tapak dia kena lap.Sebab...lelehan makanan tersebut yang buat peti sejuk kita berbau.


7^ Tetapkan semula suhu peti se
juk seperti mana sebelumnya...

Tak payah guna sabun untuk cuci peti sejuk.Sebab nanti banyak pulak kerja nak membilas sabun tu.Jimat air...=p

Selamat mencuba ya!



Friday, October 28, 2011

Khasiat Pelangi Makanan

Menjengah kembali blog yang telah lama ditinggalkan.Di sini mari kita berkongsi tentang khasiat makanan dengan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan yang mempunyai khasiat yg pelbagai.Selamat berkongsi!



JINGGA

^Mempunyai Beta-karoutene
^Tubuh boleh menukar Beta-karoutene kepada vitamin A jika diperlukan
^Beta-karotene bertindak sebagai agen antioksidan yang melindungi badan dr kanser dan penyakit jantung juga penyakit mata.





KUNING

^ Mempunyai vitamin C untuk melindungi sel tubuh.
^ Mengandungi potassium untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan pembentukan plak di arteri.
^ Mengandungi beta-crytoxanthin(xanthopylls) sebagai anti-kanser yang mampu meningkatkan fungsi jantung.
^ Pisang yang mengandungi vitamin B6 mampu mengawal hormon.
^ Betik sebagai penghadaman.








HIJAU

^ Mengandungi Glucosinolates, sulforaphane, isothiocynates, dan indoles.
^ Antioksidan yg menyahtoksid secara semulajadi.
^ Indoles mengelak sel tubuh mengalami kerosakan dan Brokoli kaya dengan vitamin A dan C, beta-karotene dan acid folic.
^ Kubis tiada kolestrol,berkalori rendah dan vitamin C yang bagus.






PUTIH


^ Mengandungi allyl sufides.
^ ia merupakan agen anti tumor.
^ Flanavoid dalam makanan warna putih melindungi membran sel.







UNGU_BIRU

^ Anthocyanin adalah pigmen yang mudah larut dalam air dan berfungsi sebagai agen anti- oksida
^ Melindungi jantung,kanser dan masalah penuaan.
^ Kandungan magnesium dalam anggur dan kismis sangat diperlukan untuk penghadaman.
^ Terung pula adalah sebagai agen yang berupaya menurunkan kadar kolestrol dan asid hempedu di dalam usus lalu menyingkirkannya dari tubuh.








MERAH

^ Mengurangkan risiko kanser dan sebagai antioksidan.
^ Membaiki sel-sel badan yang telah rosak.
^ Mengandungi lycopene sebagai penyahtoksik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...