ada ke pengikut?

Saturday, October 29, 2011

TIPS MENJAGA PETI SEJUK!



Jika semalam kita berkongsi mengenai pelbagai makanan khasiat yang memberi vitamin kepada badan kita.Hari ni penulis mahu berkongsi dengan anda semua bagaimana cara kita menjaga peti ais kita supaya tak berbau busuk.Sekali gus mengekalkan vitamin-vitamin dan zat2 makanan yang ada pada makanan-makanan yang kita simpan...Jom kita kongsi...Sharing is caring!=)

1^ Tetapkan peti sejuk anda ke mode defrost. Biarkan sekurang-kurangnya sejam.

2^ Keluarkan bahan makanan dan letak dlm kotak atau belas bersih.Kalau ada makanan yang tidak blh tahan dengan suhu bilik,letakkannya dalam ice box atau cooler (bekas tahan sejuk).

3^ Sediakan bancuhan ( 1/4 cawan serbuk penaik/b
aking soda+ 1 liter air). Serbuk penaik ada fungsi utk membuang bau busuk dan hapak pada peti sejuk.Tak perlu bilas peti selepas guna oleh sebab bancuhan ini tak merbahaya.

4^ Bersihkan para dan rak peti sejuk. Boleh guna bancuhan tadi ataupun boleh cuci para tersebut sama macam cuci pinggan. Lepas tu keringkan dan lap!

5^ Lap keseluruhan ruang peti sejuk. untuk keringkan ruangan dalam tu. Pasang balik rak dan para tadi.



6^ Lepas tu masukkan balik bahan-bahan makanan kita.Jangan lupa botol2 sos atau makanan tu tapak dia kena lap.Sebab...lelehan makanan tersebut yang buat peti sejuk kita berbau.


7^ Tetapkan semula suhu peti se
juk seperti mana sebelumnya...

Tak payah guna sabun untuk cuci peti sejuk.Sebab nanti banyak pulak kerja nak membilas sabun tu.Jimat air...=p

Selamat mencuba ya!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...