ada ke pengikut?

Wednesday, June 24, 2009

KARYAKU UNTUK IBU...


Secangkir madah buatmu, Ibu…

Ikal rambutmu persis ratu agung,

Raut wajahmu penyeri syurga kita,

Hatimu teguh seolah diikat seratus tali,

Santun kalam pula umpama air tepian kali,

Titip bicaramu karya agung,

Menyejukkan hati yang lara lagi rebah tiada pergantungan,




Lembut tangan mulusmu mengusapku manja,

Setiap kali aku tersungkur,

Kau gunakan tanganmu itu menunjukkan kuasa penyejuk,

Melurut resahku yang tiada berpenghujung.

Dikala orang lain tak mahu menyahut,

Tatkala diri ini terbiar,

Bersendiri mengharungi putaran roda marcapada.



Kata-katamu benteng pertahananku ,

Menghalang gangguan manusia ibarat satwa,

Tak gentar tangan menadah musibah,

Tak lemah madah walau dilanda payah,

Malah gagah membuat mereka gerun,

Tidak jadi untuk menduga.

Pengorbananmu ku sanjung,

Hanyalah kamu pujaanku,

Ibuku…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...