ada ke pengikut?

Thursday, December 24, 2009

PESANAN ABG JAI!



Yang sebenarnya dah lama abg jai suruh claim award ni.Tapi nak buat cane aku baru je pandai main ngn blog2 ni...Aku memaksa diriku untuk pandai untuk menjaga hati kawan-kawanku dan abg jai skali yg suh claim award ni.Tak sangka lak abg jai pilih aku sebagai penerima award pink ni.kui3.

>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

^ Abg jai abg angkat adik kesayangan aku...sejak form five...

^Aku kenal dia masa hari sukan mpi (maktab pendidikan islam) or sekarang dh tukar nama Maahad Pendidikan Islam.

^Yang aku tahu setakat ni: makwe abg jai namanya Kak Anis.Dh jumpa dah..cute cam dia...(sukala tu abg jai)

^ Abg jai telah bertukar menjadi seorang yg peramah.Setahu yg aku knl dari adik aku abg jai ni pendiam dulu...hihi jgn marah...

^ Dan last skali hubby aku pun knl dia!


>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..

> klu tny hobi sekarang duk layan face book tiap2 hari slg wifi ok kt umah aku ni.

> Kompang,gamelan,angklung makanan febret aku kat institut perguruan islam.

> Most important,sayang dan cinta tahap gaban pada kekasih hatiku yg sorang tu selepas Allah dan Rasul.(my luvly hubby)

> Suka create sajak kadang2.(yg dlm blog ni akula yg reka sume...)

> Novel pun aku suka layan dan tgh create sikit2...(Nantikan kemunculan novel aku tau?)

> Jalan-jalan pun suka gak tambahan lak hubby aku suka bawa aku jalan2 sana sini.

> Blaja de 2 tahun lagi.Praktikal sebulan kat sekolah...(tak tahu lg sekolah mana)

> Baby belum ada (soalan yang selalu org tny aku)

> Atas aku sume abg,aku anak pompuan sulong,de adik pompuan sorang then yg last lelaki.

> Aku baru nk try meniaga kain pasang batik canteng ni...sape nak leh ar order.(harga leh runding.Pompuan=kain pasang lelaki=baju kemeja batik lengan panjang)


>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

Zahira* Adik pompuanku

Bazryanna *friend kls sebelah

Hasinah * yg suruh aku tulis blog

Wan Hafizah (Nor Dhuha Wan)* sbb blog dia lawa

Zaidi Mohd. Nawawi* blog dia aku tak pernah baca.hehe

Kalau anda yang tercalon di atas nak claim award masing2 go on la...saya suka je!;p

HANTARAN PERKAHWINAN 2

Tuala

Coklat

Kek

KOLEKSI BILIK TIDUR PENGANTIN





Putih itu suci...


Simple is nice...









KEMUNCAK CINTA UDA DAN DARA...

Gaya klasik

Bagi yang mementingkan kesederhanaan

Merah semangat pengantin


Moden kontemporari

Setelah bertunang...tibalah masanya untuk membuat persiapan perkahwinan...koleksi gambar ini boleh dijadikan sebagai rujukan mempelai raja sehari...

Anda juga boleh buat sendiri pelamin impian anda jika anda kesuntukan wang atau mempunyai belanja yang sedikit.cuba lihat pelamin ini..

Pelamin bajet...Jika ingin menambahkan seri sila tambahkan dua kerusi yang cantik sahaja.
Yang ni pun anda boleh buat sendiri...


Kata seorang pakar membuat pelamin,langsir tingkap di rumah anda jika diletakkan bunga di kiri dan kanan serta meletakkan dua kerusi di tengahnya akan membentuk sebuah pelamin. Mudah saja kan?

Ha...sekarang kalau anda bajet banyak pulak

Buatla kat dewan..

Meriah...

Thursday, December 10, 2009

ADAB BERTUNANG


ADAB BERTUNANG


Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.




Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.





Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.



Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.




Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.


UTK LINK SETERUSNYA...KORANG LAYARILAH LINK INI...

http://www.syokkahwin.com/persediaankahwin/prosedurkahwin.html



ADAB MERISIK

Sempena bulan mengawan ni...saya nak kongsikan antara adab-adabnya mengikut agama Islam...

ADAB MERISIK

1.Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.

2.Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Tujuannya:

a)Untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,

b) adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

3.Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

4.Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

5.Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan.

6.Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...