ada ke pengikut?

Friday, June 25, 2010

MENGAPA WANITA rela bergelar ANDARTU!

Hanya ingin berkongsi dengan anda semua artikel yg. saya baca daripada Majalah Harmoni edisi keluaran 1-15 April.Harap xkena saman pinjam artikel dia...hanya
ingin berkongsi ilmu yg. saya baca! Tiada kena mengena antara yg. hidup dan yg. mati...

Kenapa wanita rela digelar Andartu?





1. KRITERIA TINGGI
Terlalu meletakkan kriteria yg. terlalu tinggi dalam memilih pasangan. "Perfectionist"(sorry kalau spelling salah ) la kot..Semakin tinggi tahap pendidikan dan kerjayanya, semakin tinggi kriteria yg diletaknya terhadap bakal suaminya.



2. HUBUNGAN SERIUS
Pertambahan usia membuatkan wanita ingin menjalinkan hubungan serius setelah bertemu lelaki yg. dirasakan sesuai umtuk menjadi pasangannya. Namun sukar dicari kerana wanita lebih cepat dewasa berbanding lelaki.Jika wanita merasakan usia 30-an adalah masa utk. menjalin hubungan serius lelaki pula sebaliknya. Mereka rasakan usia 30-an bukan halangan utk. terus berseronok kerana "Life begin at 40".




3. KOMITMEN
Disebabkan usia meningkat dan komitmen kerja yg. tinggi wanita tiada masa untuk berdating.



4. TRAUMA DICURANGI
Perasaan trauma akibat dicurangi oleh bekas teman lelaki membuatkan segelintir wanita memilih utk. hidup membujang seumur hidup. Pengalaman lalu menimbulkan trauma psikik yg. tidak mudah utk. disembuhkan.Mereka bimbang hati akan terus dilukai.




5. TAKUT BERHADAPAN DENGAN RISIKO.
Wanita juga takut menghadapi risiko seperti lelaki yg. kuat cemburu, panas baran dan sebagainya.Berita pembunuhan wanita kerana cemburu di TV,akhbar dan sebagainya membuatkan wanita masa kini rela hidup sendirian.






Namun,pada saya wanita tidak seharusnya takut menghadapi alam rumah tangga kerana ia seolah satu pelaburan.Kalau anda bijak anda bakal memiliki saham yang besar dalam rumahtangga namun jika anda kurang bijak,anda bakal muflis dan merana.Bahtera yang dilayari akan tenggelam.



Elok juga bersedia mencari pasangan (bukan menggalakkan maksiat). Memang jodoh ditentukan Allah,namun ia harus diusahakan,berikhtiar untuk mencari pasangan hidup.Jangan diketepikan agama dan adat. Setelah menjumpai pasangan yg dirasakan sesuai bincang dengan keluarga dan jalankan adat kita org melayu,merisik,bertunang kemudiannya bernikah mengikut syariat islam.


Kerjaya memang perlu diutamakan,namun keperluan fitrah manusia yg. satu itu perlu dipenuhi.Ingat! Ibadah orang berkahwin lebih baik dari ibadah orang yang masih belum berkahwin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...