ada ke pengikut?

Tuesday, September 7, 2010

Juadah Raya Bahayakan Pesakit



Pelbagai juadah sarat kolestrol, santan dan berlemak tinggi seperti lemang, rendang, lodeh, ketupat, lontong dan sebagainya menjadi hidangan utama sewaktu meraikan sambutan lebaran.
Pengambilan sajian istimewa akan meningkatkan kadar kalori sebanyak 4-5 kali ganda sedangkan ketika bulan Ramadhan,pengambilan jumlah kalori seperti lemak dan karbohidrat yg telah berkurangan sebanyak 30%.

Perubahan pengambilan kalori yg. mendadak ini amat berbahaya terutama bg pesakit Gout,diabetes,darah tinggi, dan gastrik.Pesakit mungkin akan dimasukkan ke hospital kerana mengalami gangguan cernaan ,cirit birit, kembung perut, sesak nafas, sakit kepala dan lain2 akibat pengambilan juada raya berkalori tinggi.

Berikut saya ingin kongsikan senarai makanan yg. perlu dielakkan bg pesakit gastrik.


1. Makanan dan minuman bergas(byk dihidang ketika hari raya) dan terlalu berserat seperti sawi, brokoli, nangka, pisang embun, kedondong dan minuman berkarbonat.

2. Makanan & minuman yg. meransang pengeluaran asid perut seperti kopi, cuka, sari buah sitrus dan susu.



3. Makanan yg. sukar dicerna bg. mengelakkan peregangan dan peningkatan berlemak,coklat dan keju.





4. Makanan yg. melemahkan kerongkong dan menyebabkan cairan perut dpt naik ke kerongkong iaitu, coklat, makanan berlemak tinggi dan bergoreng.


5. Sumber karbohidrat seperti mi,bihun, beras pulut, ubi,ubi kayu, jagung, keladi, dodol.

6. Makanan terlalu manis yg. akan meransang pengeluaran asid di dalam perut secara mendadak.

Cara bebaskan diri dari Gastrik:

^ elak makanan pedas ,berkafein dan berasid

^ makan sedikit dahulu ketika berbuka puasa dan ambil yg. berak selepas solat isyak/terawih(bln. ramadhan)

^jgn makan terlalu kenyang

^jgn menahan lapar terlalu lama (angin masuk dlm perut)

^ elakkan makanan berangin seperti senarai di atas

^ sentiasa mengambil sarapan




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...