ada ke pengikut?

Friday, June 25, 2010

ADA APA DENGAN JOHOR BHARU?





Baru-baru ini, kami ke UTM Skudai,Johor Bharu. Sebelum ke sana kami mendapat sedikit pilihan mengenai tempat penginapan yang terdekat dengan kawasan UTM,Skudai.Antara pilihan tempat yang diberikan tidak menepati citarasa kami yang ke sana di atas tujuan kerja sambil bercuti bersama keluarga.Oleh sebab ahli famili yang ramai,kami terpaksa memilih hotel budget, atau penginapan sederhana untuk kami.Namun,biarlah murah asal dekat dengan tempat-tempat cantik di JOhor.

Sebelum ke sana,saya sempat survey penginapan di Internet,kawasan-kawasan yang menarik di Johor,namun maklumat yg didapati tidak banyak menolong saya.Saya juga sempat bertanyakan dengan sahabat handai yg. tinggal di Johor,namun mereka sendiri tidak arif dengan negeri mereka sendiri almaklumlah Johor sangat besar.Lalu kami mengambil keputusan untuk redah je ke destinasi.


Setelah sampai di UTM,kami mula mencari tempat menginap.Ujarku pada suami" Carilah yang jauh sikit dari UTM asal puas hati dapat berjalan-jalan sambil menikmati tempat-tempat menarik."Suami memutuskan untuk ke Danga Bay.Kemungkinan lokasinya yg. agak menarik dan selalu kami di dengar di TV atau radio.Mungkin tempatnya cantik. Alhamdulillah,memang cantik tempatnya.Teluk Danga yang boleh nampak singapura "Kata kenalan suamiku.Saya mula survey hotel2 di sana.Boleh tahan harganya,agak mahal kerana berhampiran dengan laut. Satu demi satu hotel kami tanyakan harga..Biarlah apa kata orang,yang penting kami dapat menginap di lokasi yg paling strategik dengan harga berpatutan. Akhirnya kami menjumpai hotel yang berpatutan harganya berkebetulan hotel tersebut sedang menjalankan promosi.Baru buka katanya. Alhamdulillah berpatutan. Kami menempah dua bilik.single bedroom (RM78) dan 2 single bedroom (RM108).Ok la kan? nama hotelnya "Zoom Inn Hotel".Kata staf di situ hotel tersebut tuannya orang melayu...(so good.Jika anda ingin ke sini,hotel ini lokasinya Danga Bay belakang Kozi Hotel berhampiran dengan Tune Hotel,bangunannya cam Hotlink.=)warna merah putih.No phonenya dah hilang.hehe(sorry).Tak jauh sangat dr UTM 20 minit rasanya perjalanan.Hotel ni senang nak jumpa.Sangat dekat dengan Danga Beach.Boleh jalan kaki sahaja.Cuma kelemahan di sini,harga makanan agak mahal.Dan puas saya cari gerai jual Laksa Johor/mee bandung tp tiada.(frust)



Memang kami cukup bertuah,namun disini bukan bertujuan menceritakan tentang kisah kami di sana,tetapi saya ingin menolong sahabat-sahabat, kenalan atau sesiapa sahaja yg. ingin ke JOhor.Di sini ingin saya cadangkan beberapa tempat sesuai untuk dilawati dan antara hotel2 penginapan yg boleh saudara2 singgah.Ini disebabkan saya mengalami pelbagai kesulitan ketika survey dijalankan.Saya tidak mahu saudara2 menghadapi masalah yang sama dengan saya.Maklumat yg bakal saya nyatakan di bawah ini adalah satu pamplet yg saya dapati di Zoom Inn Hotel ni.Banyak membantu kepada sesiapa yang tidak biasa ke Johor Bharu.



Star-Rated Hotel
Good Hope Hotel

LOKASI:JOHOR BHARU

1^ Mutiara Johor Bahru (607-332 3800)
2^ The Puteri Pacific (607-219 9999)
3^ Sofitel Palm Resort (607-599 6000)
4^ Grand Bluewave Hotel Johor Bahru (607-221 6666)
5^ Hotel Selesa Johor Bahru (607-332 3999)
6^ Hotel Selesa Pasir Gudang (607-251 8899)
7^ Hotel GoodHope (607- 5572828)Dkt dgn UTM Skudai
8^ Pulai Spring Resort (607-521 2121)yg ni 4km je dr UTM.yg ni pun saya bertanyakan harganya.mahal la kot pada saya yg berpendapatan sederhana ni.basic room single bed (rm208)Tempatnya cantik.ingatkan ada laut rupanya resort ada padang golf.hehe
Banyak lg sebenarnya jenuh nak taip...=p

LOKASI:BATU PAHAT

1^ The Katerina Hotel (607-433 7111)
2^ Hotel Garden (607-431 5999)
3^ The Silver Inn Hotel (607- 431 5122)

LOKASI:SEGAMAT

1^ VIP Hotel Segamat ( 607-931 2110)
2^ Villa Hotel Segamat (607- 932 8188)

LOKASI:KLUANG

1^ Prime City Hotel (607-771 1111)
2^ Hotel Anika (607-772 4977)

LOKASI:MERSING

1^ Hotel Seri Malaysia Mersing (607-799 1876)
2^ Hotel Timotel (607-799 5888)

LOKASI:PONTIAN

1^ Hotel Pontian (607-686 1000)
Budget Hotel

LOKASI:JOHOR BHARU

1^ Hotel Indah (607-222 6768)
2^ Hotel JB (607-224 6625)
3^ Maharani Hotel (607-222 5477)
4^ Sentosa Hotel (607-333 6161)
5^ Kozi Hotel (607-238 9001)yg. ni pun ok.singlebedroom (RM98)
6^ Rumah Tumpangan E-Home (607-3546548)

LOKASI:MASAI/PASIR GUDANG

1^ Cactus Inn (607-216 3928)
2^ Grand Far East Hotel (607-251 5181)
3^ Rose Cottage (607-251 1300)

LOKASI:PERMAS JAYA

1^ Grand Dragon Hotel (607-388 2323)
2^ Hotel Time (607-388 5580)
3^ Lavender Inn (607-388 2007)

LOKASI:GELANG PATAH

1^ linkway Hotel (607-531 1908)
2^ Orient Hotel (607-531 2108)

LOKASI:SKUDAI

1^ Lavender Inn (607-511 4509)
2^ Hotel Sakura (607-558 8355)
3^ Budget Hotel (607-558 2209)

LOKASI:KULAI JAYA

1^ Metro Hotel (607-663 0961)
2^ Country Inn (607-663 2250)
3^ City Star Hotel (607-663 4922)

LOKASI:PONTIAN

1^ Princess Hotel (607-687 9907)
2^ Tanjung Piai Resort (607-696 9000)
3^ Hotel Kimmah (607-687 9907)

LOKASI:BATU PAHAT

1^ Merlin Hotel (607-434 1901)
2^ Hotel Suria (607-431 6644)
3^ Simpang Hotel (607-755 8495)

LOKASI:MUAR

1^ Town View Hotel (607-951 1788)

LOKASI:LEDANG

1^ Lah Pin Hotel (607-978 1223)

LOKASI:SEGAMAT

1^ Segamat Hotel (607-931 2919)

LOKASI:KLUANG

1^ Singapore Hotel (607-771 3990)

LOKASI:MERSING

1^ Country Hotel (607-799 1799)

LOKASI:KOTA TINGGI

1^ Hotel Sri Kota (607-883 8111)


LOKASI:LABIS

1^ Hotel Labis(012- 741 7431)

LOKASI:YONG PENG

1^ Hotel Zaifa(607- 468 1955)

MENGAPA WANITA rela bergelar ANDARTU!

Hanya ingin berkongsi dengan anda semua artikel yg. saya baca daripada Majalah Harmoni edisi keluaran 1-15 April.Harap xkena saman pinjam artikel dia...hanya
ingin berkongsi ilmu yg. saya baca! Tiada kena mengena antara yg. hidup dan yg. mati...

Kenapa wanita rela digelar Andartu?





1. KRITERIA TINGGI
Terlalu meletakkan kriteria yg. terlalu tinggi dalam memilih pasangan. "Perfectionist"(sorry kalau spelling salah ) la kot..Semakin tinggi tahap pendidikan dan kerjayanya, semakin tinggi kriteria yg diletaknya terhadap bakal suaminya.



2. HUBUNGAN SERIUS
Pertambahan usia membuatkan wanita ingin menjalinkan hubungan serius setelah bertemu lelaki yg. dirasakan sesuai umtuk menjadi pasangannya. Namun sukar dicari kerana wanita lebih cepat dewasa berbanding lelaki.Jika wanita merasakan usia 30-an adalah masa utk. menjalin hubungan serius lelaki pula sebaliknya. Mereka rasakan usia 30-an bukan halangan utk. terus berseronok kerana "Life begin at 40".




3. KOMITMEN
Disebabkan usia meningkat dan komitmen kerja yg. tinggi wanita tiada masa untuk berdating.



4. TRAUMA DICURANGI
Perasaan trauma akibat dicurangi oleh bekas teman lelaki membuatkan segelintir wanita memilih utk. hidup membujang seumur hidup. Pengalaman lalu menimbulkan trauma psikik yg. tidak mudah utk. disembuhkan.Mereka bimbang hati akan terus dilukai.




5. TAKUT BERHADAPAN DENGAN RISIKO.
Wanita juga takut menghadapi risiko seperti lelaki yg. kuat cemburu, panas baran dan sebagainya.Berita pembunuhan wanita kerana cemburu di TV,akhbar dan sebagainya membuatkan wanita masa kini rela hidup sendirian.






Namun,pada saya wanita tidak seharusnya takut menghadapi alam rumah tangga kerana ia seolah satu pelaburan.Kalau anda bijak anda bakal memiliki saham yang besar dalam rumahtangga namun jika anda kurang bijak,anda bakal muflis dan merana.Bahtera yang dilayari akan tenggelam.



Elok juga bersedia mencari pasangan (bukan menggalakkan maksiat). Memang jodoh ditentukan Allah,namun ia harus diusahakan,berikhtiar untuk mencari pasangan hidup.Jangan diketepikan agama dan adat. Setelah menjumpai pasangan yg dirasakan sesuai bincang dengan keluarga dan jalankan adat kita org melayu,merisik,bertunang kemudiannya bernikah mengikut syariat islam.


Kerjaya memang perlu diutamakan,namun keperluan fitrah manusia yg. satu itu perlu dipenuhi.Ingat! Ibadah orang berkahwin lebih baik dari ibadah orang yang masih belum berkahwin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...