Salam...hari ini baru berkesempatan untuk menulis lagi..Penulis perlu menduduki peperiksaan akhir sebelum tamat pengajian di institut perguruan...insyaAllah tahun depan akan mula berkhidmat sebagai guru sebenar.doakan penulis...
Di kesempatan ini, tangan masih mampu menari di atas papan kunci penulis ingin berkongsi dengan anda tentang tip dan petua mengurangkan sakit gigi.Terbaca kenyataan seorang sahabat pada laman sosial tentang sakit giginya.Terlintas pula penulis mahu berkongsi dengan anda petua mengurangkan sakit gigi.
BUNGA CENGKIH
Bila anda terasa sakit gigi, ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit itu. Sekiranya gigi yang sakit itu berlubang, tumbuh bunga cengkih dan masukkan ke dalam lubang tersebut dan tutup dengan kapas.
BELIMBING BULUH
Cuba lihat laman rumah anda, jika ada pokok belimbing buluh jangan menganggap ianya tidak berguna. Selain boleh buat masak lemak kuning nyum nyum...ia juga mampu merawat gigi yang sakit. Makan belimbing buluh bersama garam untuk hilangkan sakit gigi.Walaupun masam, insyaAllah ia mujarab.
BAWANG PUTIH
Selain digunakan untuk menumis masakan kita, bawang putih boleh dihiris nipis-nipis, kemudian tampal pada gigi yang sakit.Biarkan selama lebih kurang satu jam.
LIDAH BUAYA
Ambil isinya dan letakkan pada gigi yang sakit.Biar selama 2-3 jam.
GARAM
Mencegah lebih baik daripada mengubati.Campur sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi atau sebelum tidur. Gigi akan jadi putih bersinar-sinar.
Namun,mencegah tu lebih baik kan?
2 comments:
ohh kisahhh
belimbing pun boleyh
ingat utk makan and masak jerk hehe
yup.haa cik kaloi org n9 kan?mesti terer tang masak lemak pakai belimbing nih...=)sodap eh..
Post a Comment