ada ke pengikut?

Wednesday, February 1, 2012

Cekodok Pisang +Durian

Salam berkongsi resepi ringkas + mudah dengan kalian.Sebenarnya sudah lama penulis mahu berkongsi resepi mudah ini dengan anda.Penulis buat semasa sebelum bersalin lagi.Oleh sebab takut kempunan teringin makan buah durian ketika dalam pantang. 

Tanpa berceloteh panjang jom kita buat sekodok pisang +durian

Bahan2 yang diperlukan (utk satu hidangan)

3 biji pisang
10 ketul durian (lagi banyak lg best)
1senduk gula( secukup rasa)
1 sudu teh garam 
1 sudu teh soda bikarbonat
3 senduk gandum
1 cawan air (ikut tahap kepekatan yg sesuai)

1. lecekkan pisang ,durian dengan gula dan garam dan soda bikarbonat sehingga lumat.
2. Masukkan gandum dan kacau sehingga sebati.Jika dilihat pekat tambahkan sedikit air.Jangan xbuh air langsung tau?nanti cekodok kita keras.




lebih kurang beginilah adunan kita tadi...



3. Apabila sebati.panaskan minyak
4.sudukan bahan td dengan sudu teh untuk bentukkan cekodok menjadi kecik comel.Ada orang pakai tangan..tapi penulis tak gemar..hygiene..hehe
5. Goreng sehingga keperangan .Angkat dan toskan pada kertas tisu untuk serap minyak.
6. Makan!




 Dah siap!Inilah hasilnya..


Senang kan? Sesuai untuk adik-adik yang baru nak belajar masak-masak ni..kakak-kakak pun boleh jugak..=) 

p/s : boleh juga tidak mencampurkan antara pisang dan durian. Boleh buat cekodok pisang sahaja atau cekodok durian sahaja.Selamat mencuba.


4 comments:

UnPerFecT PeRsoN.. said...

wow...sedpnye...hahaha...rse tringin lak....:-(:-(...

Wife Wise said...

@unperfect person

jom try? sedap sgt...

EruzuLiyana said...

peberet nih! lama xmakan :(

mydefacto said...

Macam sedap.. bwk la kat p3.. bg kwn2 rasa.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...