Setibanya penulis di Cameron Highland,penulis bersama suami menginap di Hotel Cool Point,Cameron Highland...selepas rondaan internet di buat one week before pergi ke sana.Kami memilih hotel ini kerana ianya berdekatan dengan tanah rata dan dekat dengan kedai makan.Sejuk sgt kat sini.Best.sesuai untuk jalan2 bersama family ataupun suami/isteri tercinta.
Key Chain kenangan (for my lovely handbag)
Kami menginap di sini semalaman dan rate harga dalam cuti adalah RM150.Berserta pakej sarapan pagi.Boleh tahan makanannya. Jika menginap pada hari minggu atau hujung minggu,harga adalah berlainan dan lebih murah...
Lata Iskandar .(On the way ke Tanah rata)
Kebun Strawberi (as a compulsory)
Penulis hanya beli yg siap dibungkus(Rm5) sbb xboleh dipetik (Kebun Mardi).Tempat boleh petik pulak "Strawbery sudah habis". kata Tuan punya kebun.
KEBUN MARDI (100m shj dpd Cool Point Hotel)
Salad---------->
Epal
KEDAI MAKAN
Harganya sgt berpatutan.Rate harga standard Kuala Lumpur sahaja.Jangan risau berpatutan!.Food Court yg. Selesa sambil menikmati keindahan Tanah Rata.
Penulis hampir kempunan kerana penat mencari restoran yang menjual Aiskrim strawberi di Tanah Rata.Puas mencari tetapi tiada.Hampir kecewa namun, akhirnya penulis menjumpai gerai menjual Aiskrim Strawberi dalam perjalanan pulang melalui jalan Brinchang.Terima kasih buat suami penulis kerana memenuhi keinginan penulis.=)
Ais Krim Strawberi (Buat Penulis)
Strawbery Shake (Buat Suami Tercinta)
Selain tempat2 di atas kami juga singgah ke ladang teh (gambar tidak dipertontonkan oleh sbb. privacy kami).dan sempat membeli teh berperisa strawbery dan hadiah buat saudara mara...
Sesungguhnya percutian pada kali ini memberi banyak pengertian dan kenangan manis buat penulis.Percutian ini juga satu hadiah kepada penulis sempena Hari Lahir daripada suami.Terima kasih.Kami berkemungkinan bercadang membawa keluarga pula melancong ke sini. Diharapkan dengan paparan ini,kalian juga dapat menikmati keindahan Allah yang satu ini di Cameron Highland.Jadikan percutian anda lebih baik dari kami.Moga Paparan ini memberi idea buat anda untuk melancong ke sini mahupun sekadar melepas lelah.Sekian.
Allah Maha Besar lagi Maha Bijaksana.=)
No comments:
Post a Comment